Thursday, September 14, 2017

SOLD!! JAMAL TAYAR KUANTAN - TYRE CHANGER 518 DAN WHEEL BALANCER 222





5-6 tahun lepas, kalau dari jambatan Tanjung Lumpur sampai ke simpang 3 tangki air nak ke Pekan, nak cari kedai tayar susah sikit. Kalau ada pun yang dekat Tunas Manja Tanjung Lumpur, kena masuk belah dalam sikit. Taman perumahan sekitar masa tu tak banyak macam sekarang.
.
.
Penduduk sekitar kalau nak servis tayar atau nak tukar tayar dan sport rim kebanyakan akan terus ke bandar Kuantan. Katanya lebih banyak pilihan dan harga lebih murah. Itu dulu.
2-3 tahun kebelakangan ni, di kawasan yang sama, kedai kedai tayar muncul bagai kelkatu selepas hujan. Tak kira kedai tayar baru atau kedai tayar terpakai. Besar kecik semua ada.
.
.
Sebabnya, permintaan semakin meningkat. Kenderaan semakin banyak. Populasi penduduk semakin meningkat disebabkan faktor hujan yang suka turun pada malam jumaat..hehe (kajian kelaut). Kawasan Tanjung Lumpur, Kempadang dan Sungai Soi sekarang rancak dengan pembangunan hutan konkrit. Kalau dahulunya jika bosku pernah lalu jalan ni. Pastinya tahu kawasan ni banyak pokok pokok hutan dan pokok bakau (ye ke?). Kawasan perumahan moden dan komersil turut rancak dibina.
.
.
Tanjung Lumpur juga kawasan tumpuan pelancong dari luar Kuantan. Sebut sahaja ikan bakar, Tanjung Lumpur lah tempatnya. Selain itu kempadang juga mempunyai pantai yang cantik. Pantai Sepat contohnya, sering menjadi lokasi penggambaran drama tv.
.
.
Atas sebab itulah, Encik Jamal (gambar sedang bukak tayar). Tauke buah buahan segar (durian, pisang, anggur, longan, tembikai, kelubi) mengambil peluang menambah bidang perniagaan beliau dengan melantik diri sendiri sebagai tauke tayar pula. Kata beliau, buah buah, tayar tayar. Berniaga niat nak tolong orang, baru jadi ibadah!
.
.
Betul juga kata beliau, sebab zaman pakjib ni kalau kerja kena 3 kerja. Kalau bisnes kena ada 10 bisnes. Baru tak lemas. Mana taknya, harga minyak dunia turun, harga minyak kita naik. (ekonomi mana dia belajar). Lepas tu ada GST lagi. Dulu Matmaselan kata bila ada GST harga barang akan turun. Tapi lepas GST, kedai dua ringgit pun dah jadi kedai RM2.12..haha..(korang jangan cop aku anti kerajaan, aku hanya anti korupsi, kapitalis, budak raver dan budak we chat je)
.
.
Argghh, gila lari tajuk. Nampak tak mesin biru air laut tu. Pandang selalu pasti tenang. Dicipta untuk tauke kedai tayar yang inginkan kelainan dan prestasi serta kacak asal. (macam korang yang sedang baca ni). Macam Encik Jamal jugak, membuat pilihan yang tepat. Dikala rim kereta semakin besar dan lebar. Beliau memilih tyre changer model 518 yang boleh bukak dan pasang tayar dari saiz 10" sampai 24".
.
.
Untuk pastikan tayar customer tak bergegar semasa pemanduan mode sport, iaitu melebihi kelajuan maksima lebuhraya Malaysia. Encik Jamal memilih mesin penimbang tayar (balancer) model 222. Cepat, pantas, mudah dan tepat.
.
.
Encik Jamal memilih mesin single phase je, 240v je. Sebab api kat kedai beliau hanya single phase. Nak convert jadi 3 phase, makan modal tiga pat ribu pulak. Baik buat modal beli tayar. Lagi pun mesin single phase sekarang dah power bai.
.
.
Dua dua mesin ni dari AR2TECH by AERY TYRE MOTORSPORT. Alah yang BOSKU (bos dan kuli) dia kepala botak botak tu. (semoga cerah masa depan). yang nombor telefon dia 016-980 9246 tu. Call pon nombor tu, wasep pon no tu juga. Nak beli mesin ke nak ajak makan makan pun boleh roger dia.
.
.
Senang senang bukak la blog aerytyre.blogspot.com lepas tu follow Instagram aerystrategytrading dan like FB AERY TYRE MOTORSPORT mudah mudahan korang makin kacak dan murah rezeki.
.
.
Last, kalau korang kebetulan ada kat area Tanjung Lumpur atau Kempadang. Nak beli tayar atau buah, boleh roger Encik Jamal. Kita pakat support orang kita bisnes. Kedai Dia diantara trapiklite Pak Mahat dan trapiklite Kempadang. Kalau nak beli mesin tayar boleh roger Aery Tyre. Kita kira sampai jadi. Kita hantar depan kedai.
.
.
Ok la, nak gi masak daging korban, nak buat sup pulak. Tulang kita buat sup gearbox. Perghh. Budak budak wechat mana tau nikmat dia, asyik nak setarbak je..
.
.
Bye



No comments:

Post a Comment