Sunday, July 28, 2013

TRANFORMASIKAN BENGKEL DAN KEDAI TAYAR ANDA DENGAN ATOM

PEMODENAN BENGKEL AUTOMOTIF (ATOM) DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

ATOM adalah inisiatif untuk memoden dan mentransformasikan sektor perkhidmatan dan pembaikan bengkel kenderaan bermotor yang bertaburan dan tidak tersusun.


Pendaftaran kenderaan semakin meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan populasi, tenaga kerja dan pembangunan bandar. Peluang-peluang ini boleh diterokai oleh sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif yang kini memberikan perkhidmatan kepada 1.8 juta kenderaan berdaftar. Dengan menaik taraf standard sektor, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik manakala juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi

Pelaksanaan

Menggalakkan integriti dalam sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif melalui konsep 4M (Man, Method, Machine, Material) iaitu:

– Modal Insan (Man)
Kemahiran tenaga kerja akan dikesan melalui tahap latihan yang pernah dihadiri;

– Kaedah (Method) 
Keperluan Manual Prosedur Kerja dan Standard Operasi dan asas-asas pengurusan bengkel dan kepakaran teknikal sebagai rujukan; 

– Mesin (Machine) 
Jenis mesin dan perkakasan serta tahap teknologi yang digunakan dalam bengkel; dan

– Kompenen bahan/barangan (Material) 
Komponen kenderaan tulen dan standard kualiti pembaikan alatan ganti untuk pelanggan.



Pegawai yang boleh dihubungi:

i) En. Aman Shah Bin Siraj
No. Tel: 03-88826253 (Pejabat)
E-mel: atom@kpdnkk.gov.my

ii) Encik Mohd. Hafiz Bin Mustaffa
No. Tel: 03-88826249 (Pejabat)
E-mel: atom@kpdnkk.gov.my

iii) Pejabat Am

No Tel :03-88826228

No Faks :03-88826227
















MAKLUMAT LANJUT BOLEH DAPATKAN DI LAMAN WEB KPDNKK (KLIK SINI) ATAU HUBUNGI PEGAWAI TERBABIT


TERIMA KASIH






No comments:

Post a Comment