Showing posts with label PEMBIAYAAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBIAYAAN. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

TRANFORMASIKAN BENGKEL DAN KEDAI TAYAR ANDA DENGAN ATOM

PEMODENAN BENGKEL AUTOMOTIF (ATOM) DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

ATOM adalah inisiatif untuk memoden dan mentransformasikan sektor perkhidmatan dan pembaikan bengkel kenderaan bermotor yang bertaburan dan tidak tersusun.


Pendaftaran kenderaan semakin meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan populasi, tenaga kerja dan pembangunan bandar. Peluang-peluang ini boleh diterokai oleh sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif yang kini memberikan perkhidmatan kepada 1.8 juta kenderaan berdaftar. Dengan menaik taraf standard sektor, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik manakala juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi

Pelaksanaan

Menggalakkan integriti dalam sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif melalui konsep 4M (Man, Method, Machine, Material) iaitu:

– Modal Insan (Man)
Kemahiran tenaga kerja akan dikesan melalui tahap latihan yang pernah dihadiri;

– Kaedah (Method) 
Keperluan Manual Prosedur Kerja dan Standard Operasi dan asas-asas pengurusan bengkel dan kepakaran teknikal sebagai rujukan; 

– Mesin (Machine) 
Jenis mesin dan perkakasan serta tahap teknologi yang digunakan dalam bengkel; dan

– Kompenen bahan/barangan (Material) 
Komponen kenderaan tulen dan standard kualiti pembaikan alatan ganti untuk pelanggan.



Pegawai yang boleh dihubungi:

i) En. Aman Shah Bin Siraj
No. Tel: 03-88826253 (Pejabat)
E-mel: atom@kpdnkk.gov.my

ii) Encik Mohd. Hafiz Bin Mustaffa
No. Tel: 03-88826249 (Pejabat)
E-mel: atom@kpdnkk.gov.my

iii) Pejabat Am

No Tel :03-88826228

No Faks :03-88826227
















MAKLUMAT LANJUT BOLEH DAPATKAN DI LAMAN WEB KPDNKK (KLIK SINI) ATAU HUBUNGI PEGAWAI TERBABIT


TERIMA KASIH






Thursday, July 25, 2013

BERITA BAIK : BELI MESIN BARU DARIPADA KAMI SECARA ANSURAN

Assalamualaikum.

Berita baik kepada para usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan kedai tayar, boleh membeli mesin dan peralatan kedai tayar daripada kami melalui Ansuran Mudah AEON-BIZ (AEON-BIZ Easy Payment) yang dikendalikan oleh AEON  Credit Service (M) Berhad.

Bagaimana Ansuran Mudah AEON-BIZ boleh membantu mengembangkan perniagaan anda?


AEON-BIZ membantu anda mendapatkan peralatan pejabat dan perkakasan yang keperluan perniagaan anda.

Ansuran Mudah AEON-BIZ mempercepatkan dan memudahkan  syarikat anda untuk memiliki peralatan pejabat baru, perabot dan juga barangan elektrik atau digital daripada rangkaian rakan niaga kami.

Kadar faedah menarik dan tempoh fleksibel kami memudahkan anda membeli produk-produk ini untuk membantu menjalankan perniagaan anda. Ia adalah mudah dan tidak rumit untuk memohon. Lebih menakjubkan, anda boleh membuat pembayaran balik bulanan tanpa menjejaskan modal perniagaan anda.

Ini akan memastikan kos pengendalian anda di bawah kawalan dan pejabat anda sentiasa teratur dan dilengkapi sepenuhnya. AEON-BIZ dapat membantu perniagaan anda berkembang maju.

Sumber : Broucher AEON-BIZ Easy Payment



Kadar Faedah Ansuran Mudah AEON-BIZ


Sumber : Sini


Ansuran Bulanan

Sumber : Sini


Cara Memohon :

Sila sediakan dokumen berikut untuk permohonan anda :


1. Penyata bank 3 bulan terkini

2. Salinan Kad Pengenalan - Pengarah, Rakan Kongsi / Keempunyaan tunggal, Penjamin
3. Profil syarikat


Untuk Syarikat Sendirian Berhad :


1. M & A, Borang 9, Borang 24  & 49

2. Lain-lain dokumen sokongan - Surat Tawaran Bank & Kontrak-kontrak Perniagaan

Untuk Keempunyaan Tunggal / Perkongsian :


1.  Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang D)

2. Sijil-sijil Latihan (Bagi  firma profesional)

AEON Credit mungkin akan meminta dokumen tambahan daripada pemohon.



Tips daripada kami AERY TYRE MOTORSPORT:

1. Sila pastikan penyata bank anda aktif (ada transaksi setiap bulan. Lagi banyak transaksi duit masuk lagi bagus)
2. Sediakan penjamin yang mempunyai slip gaji (kerja kerajaan/swasta-syarikat kukuh)
3. Slip gaji penjamin sebaik-baiknya tak banyak potongan lain seperti pinjaman peribadi,rumah dan lain-lain.
4. Profil syarikat mesti mantap dan halatuju yang jelas.





UNTUK MEMOHON, SILA HUBUNGI TALIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN AEON:

03-2719 9999

ATAU LAYARI WEB AEON

www.aeonmalaysia.com.my