Tuesday, June 4, 2013

3 JUN 2013 - PAKEJ KEDAI TAYAR RM30K UNTUK JUBINA ENTERPRISE, PASIR MAS, KELANTAN.

ASSALAMUALAIKUM.

PAKEJ RM30K UNTUK JUBINA ENTERPRISE, PASIR MAS KELANTAN OLEH AERY TYRE.


PAKEJ SIAP DALAM MASA TIGA HARI SAHAJA SELEPAS PEMBAYARAN.

TERIMA KASIH ABE ZUL & THE GENG ATAS KERJASAMA. 


SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN BARANG DAN SERVIS KAMI. 


KAMI JUAL BARANG TERSEBUT DENGAN HARGA TERSEBUT. 


KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI PAKEJ SEUMPAMA INI,


BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 018-9000426. TERIMA KASIH. 































UNTUK LEBIH LANJUT SILA KE LAMAN FB KAMI 





Wednesday, May 15, 2013

Berita Baik Untuk Usahawan Muda!! Pembiayaan RM5000 sehingga RM100,000

Kami di AERY TYRE MOTORSPORT ada menerima pertanyaan tentang pembiayaan daripada bakal usahawan yang mahu menceburi perniagaan kedai tayar ini. Di sini kami boleh kongsikan perbadanan atau agensi selain daripada MARA dan TEKUN yang boleh membiayai para usahawan yang ingin memulakan perniagaan.







PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) ada menyediakan Skim PROSPER Usahawan Muda yang menawarkan pembiayaan di antara RM5,000 ke RM100,000 untuk memulakan perniagaan anda.


APAKAH ITU PUNB? 

LATAR BELAKANG

PUNB : "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965.


Tarikh Penubuhan            : 17 Julai 1991

Milikan Penuh Kepada      : Yayasan Pelaburan  Bumiputra

Modal Dibenarkan            : RM500 juta

Modal Berbayar               : RM400 juta


OPERASI PUNB


Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
Ia  menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen  yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.


Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.
Inilah asas kewujudan PUNB.


VISI, MISI & OBJEKTIF

Visi PUNB
Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

Misi PUNB
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif PUNB
  • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  • Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  • Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.



Skim PROSPER Usahawan Muda Sesuai untuk:-

Golongan muda Bumiputera yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Kemudahan yang ditawarkan:-
Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah

Jumlah pembiayaan


i.
 INDIVIDU
 Dari RM5,000 hingga RM50,000
ii.
 PERKONGSIAN
 Sehingga RM100,000

Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun.


Bidang-bidang utama perniagaan yang diberi keutamaan dalam skim ini adalah seperti berikut :

Perniagaan Kedai Tayar termasuk dibawah kategori Automotif. Jadi, apa tunggu lagi?





SIAPA YANG LAYAK??





PROSES PERMOHONAN















Datang ke Ibu Pejabat PUNB untuk Taklimat Pembiayaan PUNB setiap hari Isnin atau

Klik SINI untuk tarikh dan lokasi yang bersesuaian.





Atau, Hubungi ;



Pusat Khidmat Pelanggan

1-300-13-7862

Emel :customercare@punb.com.my



Atau, mengikut lokasi anda;

Isnin-Jumaat, 8.30pg-5.30ptg
Hari Jumaat tutup dari 12.30t/hari-2.45ptg
Tutup pada cuti umum

IBU PEJABATphone 03-2785 1515
fax 03-2780 2100
PEJABAT WILAYAH
UTARA
phone 04-3569 299
fax 04-3562 178
PEJABAT WILAYAH
SELATAN
phone 07-2328 451
fax 07-2329 354
CAWANGAN
UTC MELAKA
phone 06-2830 054
fax 06-2830 057
CAWANGAN
UTC PUDU SENTRAL
phone 03-2026 2055
fax 03-2026 2235
CAWANGAN
UTC PERAK
phone 05-2533 534/535
fax 05-2553 534
CAWANGAN
UTC PAHANG
phone 09-5124 035
fax 09-5124 037

Ahad-Rabu, 8.30pg-5.30ptg
Khamis 8.30pg-4.15ptg
Tutup pada cuti umum

PEJABAT WILAYAH
PANTAI TIMUR
phone 09-6204 600
fax 09-6248 100




SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA.

Wednesday, April 24, 2013

Konsep Kedai Tayar Seluruh Dunia

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, konsep atau design kedai tayar daripada pelbagai negara supaya ianya dapat memberi idea untuk diaplikasikan di kedai tayar anda.



1. Ini konsep kedai tayar yang biasa kita tengok di negara kita




2. Berkonsepkan gudang





3. Iklan di luar kedai untuk servis yang disediakan adalah langkah yang bijak




4. Ringkas dan menarik - Display rim bewarna warni




5. Berkonsepkan restoran makan segera



6. Seperti sebuah stesyen minyak



7. Menggunakan ruang sebaik mungkin



8. Menarik perhatian dari jauh



9. Ala ala kedai potong (halfcut)



10. Yang kecil, kosnya juga kecil (tak banyak maintainance)




Walau macam mana pun konsepnya, terpulang kepada pemilik bergantung kepada kreativiti sendiri. Asalkan tidak melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Selain servis yang baik dan barang yang berkualiti, terdapat juga pelanggan yang mahukan suasana kedai yang selesa.

Wednesday, March 27, 2013

Pendapatan Sampingan Kedai Tayar

Assalamulaikum para usahawan.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendapatan sampingan yang boleh anda perolehi daripada perniagaan kedai tayar selain menjual tayar dan rim.

Pendapatan lain ini datangnya daripada lain lain servis yang anda sediakan. Jika anda ada sebuah kedai tayar, tidak beerti anda hanya boleh menjual tayar dan rim sahaja serta servis tayar semata mata. Banyak lagi minor servis yang anda boleh sediakan untuk menambah pendapatan perniagaan anda.


Yang penting, minat, usaha dan  tawakkal.


1. Servis minyak enjin / minyak hitam = Untung beli minyak sekotak (dapat murah) + Oil filter + Upah. 



2. Servis cas bateri kereta / motor. -  Jika ada modal lebih boleh jual bateri baru.


Charger Brand SUPERLITE seperti ini boleh didapati di bawah harga RM1K


3. Servis tukar absorber dan brake pad. - Memerlukan sedikit kemahiran tetapi tidak terlalu sukar jika  cukup tool dan tahu caranya.





4. Tukar Bulb dan Wiper kereta.



Banyak lagi servis tambahan yang anda boleh sediakan di kedai tayar anda, ianya bergantung kepada kemahuan sahaja. Kemahiran boleh dipelajari.

Satu perkara yang anda perlu ingat apabila pelanggan mengunjungi kedai tayar anda.

Anda adalah penasihat. Senyum, senyum dam senyum.





Sedikit tips :

- Daripada pelanggan datang untuk mengisi angin sahaja, anda periksa keadaan tayar dan beritahu mereka keadaan tayar mereka, beritahu risiko jika menggunakan tayar yang sudah botak / rosak. Keselamatan paling utama! Jika rezeki anda baik, pelanggan tersebut menukar 4 biji tayar sekaligus. (Perlu jujur)


- Daripada pelanggan yang datang untuk membuat alignment kereta atau bancing tayar, anda periksa jika terdapat paku atau skru ditayar, Anda sudah mendapat untung menampal tayar. 


- Daripada pelanggan datang untuk menukar tayar, sambil membuka tayar dari kereta anda periksalah absorber dan brake pad, jika ada kebocoran absorber atau kehausan brake pad, beritahulah mereka keadaan itu dan anda boleh melakukannya.


- Bila ada pelanggan yang datang tampal sebiji tayar yang terkana paku. Jangan malas untuk memeriksa tekanan angin tayar yang lain. Jika tekanan angin kurang, tolong isikan angin untuk mereka sambil memberitahu anda telah mengisi angin kereta mereka dengan sukatan yang betul. Insha Allah, mereka akan datang lagi untuk membeli tayar pula lain kali.


- Bila servis tukar minyak hitam, periksalah paras air bateri, paras minyak brake, air filter dan air dalam radiator. Jika paras air bateri atau minyak brake berkurangan, tambahlah secara percuma, jangan terlalu berkira. Sebaik baiknya sediakan sebotol air bateri dan miyak brake untuk top up percuma kepada pelanggan. Mereka pasti suka dan berpuas hati dengan servis anda dan akan datang lagi ke kedai anda sambil bercerita kepada kawan kawan mereka tentang servis yang terbaik daripada kedai anda. Lihat, di situ akan wujud rantaian pelanggan yang berterusan.


- Bila pelanggan datang ke kedai, mulakan perbualan untuk mengambil hati pelanggan, contohnya,

" Sudah lama ke encik pakai kereta ni? model ni susah nak dapat sekarang, kalau ada pun harganya mahal, ramai kawan saya yang berminat dengan model kereta ini. bertuah encik dapat memilikinya"


Ini adalah serba sedikit perkongsian yang dapat saya berikan untuk semua. Saya percaya anda semua tentunya lebih hebat lagi.


Yang baik datangnya daripada Allah, Yang buruk datanya daripada kelemahan diri saya sendiri.




Untuk tempahan Pakej Pakej Kedai Tayar atau peralatan mesin tayar. Sila hubungi saya AERY : 016 980 9246


Wassalam.

Sunday, January 20, 2013

Pilihan 100% Di Tangan Anda!

Assalamualaikum.

Semenjak Pakej Kedai tayar diperkenalkan, saya menerima banyak pertanyaan daripada usahawan yang berminat dengan perniagaan kedai tayar ini. Di sini saya akan menerangkan secara lebih terperinci tentang pakej kedai tayar ini.

1. Pakej ini, saya hanya bekalkan mesin dan peralatan serta tayar yang lengkap untuk sebuah kedai tayar siap sedia beroperasi.

2. Saya akan ajar sedikit sebanyak usahawan cara membuka tayar dan menimbang tayar dan cara melayani pelanggan. Biasanya membuka tayar dan menimbang tayar sehari sudah memadai kerana ianya sangat senang jika tahu caranya.

3. Para usahawan akan memilih sendiri lokasi perniagaan mereka, jenis premis dan kadar sewaan yang mereka inginkan, jika ada kedai sendiri lagi elok. Oleh itu, kami mengambil pendekatan hanya untuk menjadi pembekal dan penasihat sahaja kerana para usahawan lebih tahu dan lebih arif tentang lokasi yang dipilih berkenaan prospek pelanggan dan persaingan kedai tayar mereka.

4. Para usahawan juga bebas memilih pekerja, sama ada mahu mengusahakan sendiri, mengambil pekerja daripada kalangan ahli keluarga atau kawan kawan.

5. Pakej yang kami tawarkan bergantung kepada bajet anda. Kami akan menyediakan peralatan dan tayar mengikut bajet anda. Apa yang anda mampu kami akan sedaya upaya sediakan.

6. Cara berurusan paling mudah, anda ada kedai, ada pekerja. Maklumkan kepada kami, pakej yang anda mahu, bayar deposit, kami hantar barang, bayar baki. Kami akan pasang dan susun barang dan ajar permulaan perniagaan kedai tayar.

7. Anda sudah boleh memulakan perniagaan dan mendapatkan keuntungan pertama daripada pelanggan pertama. Semudah 1.2.3.

8. Tanpa masalah memikirkan untuk mencari pembekal mesin dan tayar serta peralatan lain.
Jimat masa, tenaga, dan kos.

9. Semua mesin yang dibekalkan adalah mesin baru dan dibawah warranty.

10. Insha Allah. Yakin pada rezeki Allah, 9/10 rezeki itu datanya daripada perniagaan.



Pilihan ditangan anda!




Yang besar semuanya bermula daripada kecil. Jika mahu mulakan dengan yang besar terus, sampai bila kita tidak akan dapat melakukannya. Bukan saiz menjadi ukuran.




Untuk pertanyaan hubungi Saya ; AERY 016 980 9246