Wednesday, December 26, 2012

Peluang Perniagaan Kedai Tayar Bersama AERY TYRE MOTORSPORT





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kalinya kami mengucapkan Selamat datang ke Blog Rasmi AERY TYRE MOTORSPORT.

Alhamdulillah, apabila anda sedang membaca blog ini, beerti anda mempunyai minat untuk berniaga dan sedang mencari-cari perniagaan yang sesuai untuk anda.

Perniagaan sangat luas bidangnya, berniagalah apa sahaja, tapi biarlah halal dan tidak melanggar hukum agama.


Sabda Nabi s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.




Berbalik kepada topik utama kita, untuk pengetahuan para usahawan sekalian, kami AERY TYRE MOTORSPORT adalah pembekal mesin-mesin dan peralatan kedai tayar yang beroperasi semenjak tahun 2010 dan berpusat di Bandar Kuantan. 

Antara mesin-mesin yang kami bekalkan adalah seperti :

1. Mesin Alignment / Aligner;
2. Mesin Wheel Balancer / Penimbang tayar;
3. Mesin Wheel Changer / Pembuka tayar;
4. Mesin Air Compressor;
5. Jack & Scissor Lift;
6. Dan lain-lain kelengkapan kedai tayar dan workshop.

Antara jenama-jenama mesin yang kami bekalkan adalah :

1. HOFMANN - Buatan Jerman;
2. BEISSBARTH - Buatan Jerman;
3. TECO - Buatan Italy;
4. SICAM - Buatan Italy;
5. KONIG - Turkey;
6. HITACHI - Buatan Jepun;
7. WONDER - Buatan Taiwan;
8. INGERSOLL RAND (IR) - Buatan USA;
9. COSENG - Buatan China (Teknologi setanding Taiwan);
10. JAGUAR - Buatan China;
11. MOLNAR - Buatan Australia;
12. TECHNO ITALY - Buatan Italy.


Berdasarkan pengalaman kami di dalam membekalkan mesin-mesin kepada kedai-kedai tayar, kami mendapati ramai usahawan bumiputera di luar sana yang mempunyai minat untuk menjalankan perniagaan kedai tayar tetapi tidak tahu macamana mahu memulakan, di mana mahu mendapatkan mesin dan stok tayar dan alatan-alatan yang lain. Seperti yang kita tahu, perniagaan kedai tayar di negara kita dipelopori oleh bukan bumiputera.


Ya, modal adalah masalah utama. Perniagaan kedai tayar memerlukan modal yang besar!


Kami sedia maklum hal tersebut, atas faktor tersebut, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu para usahawan bumiputera yang berminat dalam perniagaan kedai tayar dengan membantu menubuhkan sebuah kedai tayar dengan modal yang sederhana dan mempunyai kelengkapan asas yang lengkap dan boleh berdaya saing dengan kedai-kedai tayar yang lain.


Apa yang anda perlu ada;

1. Modal; (semua perniagaan perlukan modal)
2. Minat dan komitmen;
3. Semangat untuk maju;
4. Keberanian; 
5. Boleh menghadapi sebarang cabaran dan risiko;
6. Kepercayaan Penuh kepada AERY TYRE MOTORSPORT.


Untuk pengetahuan para usahawan, di Kelantan dan Terengganu, Kedai-kedai tayar bumiputera tumbuh ibarat cendawan. Ini kerana bumiputera khususnya Melayu di sana mempunyai keyakinan dan keberanian untuk berniaga disamping masyarakat yang menyokong perniagaan bumiputera. Jika anda tidak percaya, silalah kesana dan anda mungkin terkejut kerana kebanyakan tokey kedai tayar adalah terdiri daripada belia-belia yang berumur 20-an. (Info untuk motivasi)


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

Kami AERY TYRE MOTORSPORT melancarkan pakej Perniagaan Kedai Tayar Bersama AERY TYRE MOTORSPORT.





Untuk Pakej-pakej yang kami tawarkan sila ke entri yang seterusnya.