Wednesday, May 15, 2013

Berita Baik Untuk Usahawan Muda!! Pembiayaan RM5000 sehingga RM100,000

Kami di AERY TYRE MOTORSPORT ada menerima pertanyaan tentang pembiayaan daripada bakal usahawan yang mahu menceburi perniagaan kedai tayar ini. Di sini kami boleh kongsikan perbadanan atau agensi selain daripada MARA dan TEKUN yang boleh membiayai para usahawan yang ingin memulakan perniagaan.







PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) ada menyediakan Skim PROSPER Usahawan Muda yang menawarkan pembiayaan di antara RM5,000 ke RM100,000 untuk memulakan perniagaan anda.


APAKAH ITU PUNB? 

LATAR BELAKANG

PUNB : "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965.


Tarikh Penubuhan            : 17 Julai 1991

Milikan Penuh Kepada      : Yayasan Pelaburan  Bumiputra

Modal Dibenarkan            : RM500 juta

Modal Berbayar               : RM400 juta


OPERASI PUNB


Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
Ia  menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen  yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.


Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.
Inilah asas kewujudan PUNB.


VISI, MISI & OBJEKTIF

Visi PUNB
Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

Misi PUNB
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif PUNB
  • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  • Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  • Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.



Skim PROSPER Usahawan Muda Sesuai untuk:-

Golongan muda Bumiputera yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Kemudahan yang ditawarkan:-
Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah

Jumlah pembiayaan


i.
 INDIVIDU
 Dari RM5,000 hingga RM50,000
ii.
 PERKONGSIAN
 Sehingga RM100,000

Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun.


Bidang-bidang utama perniagaan yang diberi keutamaan dalam skim ini adalah seperti berikut :

Perniagaan Kedai Tayar termasuk dibawah kategori Automotif. Jadi, apa tunggu lagi?





SIAPA YANG LAYAK??





PROSES PERMOHONAN















Datang ke Ibu Pejabat PUNB untuk Taklimat Pembiayaan PUNB setiap hari Isnin atau

Klik SINI untuk tarikh dan lokasi yang bersesuaian.





Atau, Hubungi ;



Pusat Khidmat Pelanggan

1-300-13-7862

Emel :customercare@punb.com.my



Atau, mengikut lokasi anda;

Isnin-Jumaat, 8.30pg-5.30ptg
Hari Jumaat tutup dari 12.30t/hari-2.45ptg
Tutup pada cuti umum

IBU PEJABATphone 03-2785 1515
fax 03-2780 2100
PEJABAT WILAYAH
UTARA
phone 04-3569 299
fax 04-3562 178
PEJABAT WILAYAH
SELATAN
phone 07-2328 451
fax 07-2329 354
CAWANGAN
UTC MELAKA
phone 06-2830 054
fax 06-2830 057
CAWANGAN
UTC PUDU SENTRAL
phone 03-2026 2055
fax 03-2026 2235
CAWANGAN
UTC PERAK
phone 05-2533 534/535
fax 05-2553 534
CAWANGAN
UTC PAHANG
phone 09-5124 035
fax 09-5124 037

Ahad-Rabu, 8.30pg-5.30ptg
Khamis 8.30pg-4.15ptg
Tutup pada cuti umum

PEJABAT WILAYAH
PANTAI TIMUR
phone 09-6204 600
fax 09-6248 100




SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA.