Sunday, January 20, 2013

Pilihan 100% Di Tangan Anda!

Assalamualaikum.

Semenjak Pakej Kedai tayar diperkenalkan, saya menerima banyak pertanyaan daripada usahawan yang berminat dengan perniagaan kedai tayar ini. Di sini saya akan menerangkan secara lebih terperinci tentang pakej kedai tayar ini.

1. Pakej ini, saya hanya bekalkan mesin dan peralatan serta tayar yang lengkap untuk sebuah kedai tayar siap sedia beroperasi.

2. Saya akan ajar sedikit sebanyak usahawan cara membuka tayar dan menimbang tayar dan cara melayani pelanggan. Biasanya membuka tayar dan menimbang tayar sehari sudah memadai kerana ianya sangat senang jika tahu caranya.

3. Para usahawan akan memilih sendiri lokasi perniagaan mereka, jenis premis dan kadar sewaan yang mereka inginkan, jika ada kedai sendiri lagi elok. Oleh itu, kami mengambil pendekatan hanya untuk menjadi pembekal dan penasihat sahaja kerana para usahawan lebih tahu dan lebih arif tentang lokasi yang dipilih berkenaan prospek pelanggan dan persaingan kedai tayar mereka.

4. Para usahawan juga bebas memilih pekerja, sama ada mahu mengusahakan sendiri, mengambil pekerja daripada kalangan ahli keluarga atau kawan kawan.

5. Pakej yang kami tawarkan bergantung kepada bajet anda. Kami akan menyediakan peralatan dan tayar mengikut bajet anda. Apa yang anda mampu kami akan sedaya upaya sediakan.

6. Cara berurusan paling mudah, anda ada kedai, ada pekerja. Maklumkan kepada kami, pakej yang anda mahu, bayar deposit, kami hantar barang, bayar baki. Kami akan pasang dan susun barang dan ajar permulaan perniagaan kedai tayar.

7. Anda sudah boleh memulakan perniagaan dan mendapatkan keuntungan pertama daripada pelanggan pertama. Semudah 1.2.3.

8. Tanpa masalah memikirkan untuk mencari pembekal mesin dan tayar serta peralatan lain.
Jimat masa, tenaga, dan kos.

9. Semua mesin yang dibekalkan adalah mesin baru dan dibawah warranty.

10. Insha Allah. Yakin pada rezeki Allah, 9/10 rezeki itu datanya daripada perniagaan.



Pilihan ditangan anda!




Yang besar semuanya bermula daripada kecil. Jika mahu mulakan dengan yang besar terus, sampai bila kita tidak akan dapat melakukannya. Bukan saiz menjadi ukuran.




Untuk pertanyaan hubungi Saya ; AERY 016 980 9246