Wednesday, August 28, 2013

BELAJAR BALANCING TAYAR DENGAN MESIN BALANCER HOFMANN GEODYNA 800

Assalamualaikum.


Jom belajar balancing tayar dengan menggunakan mesin balancer Hofmann Geodyna 800. Mesin buatan Jerman.

Kualiti terbaik!

Hubungi kami untuk mendapatkannya.

Hanya RM9,000 sahaja.


AERY TYRE MOTORSPORT : 016-980 9246




KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Sunday, August 25, 2013

Sunday, August 18, 2013

WTS : TYRE CHANGER TERPAKAI



#UPDATE 29/8/2013 - SOLD!


ASSALAMUALAIKUM

AUTOMATIC TYRE CHANGER TERPAKAI

1 PHASE POWER SUPPLY

RM4,300 SAHAJA

CALL/SMS : AERY 016-980 9246

Saturday, August 17, 2013

Modal Kecil? Tiada Masalah Lagi

Assalamualaikum.

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Menjual tayar tidak semestinya di kedai. Atau mempunyai peralatan mesin yang lengkap. Atau mempunyai pengalaman dan kemahiran.

Untuk permulaan, anda boleh mula menjual tayar di rumah.

Sekarang ini sudah menjadi 'trend' bagi mereka yang bekerja tetap tetapi mencari pendapatan sampingan dengan menjual tayar di rumah. Tanpa khidmat pemasangan. 

Tiada kos sewa premis, tiada masalah mencari pekerja dan tidak perlu modal yang besar untuk membeli mesin dan peralatan.

Konsepnya mudah. Hanya jual tayar sahaja. Pembeli akan memasang tayar di kedai tayar. Medium pengiklanan hanyalah internet, seperti mudah.my, Facebook dan lain-lain.

Bila sudah ada 'regular customer' ketika itulah boleh mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai tayar yang lengkap.

Hanya modal serendah RM10,000 sahaja sudah cukup untuk memulakan perniagaan tayar di rumah anda.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya, Perunding Tayar Anda, AERY : 016-980 9246.

Tayar terbaik hanya dari kami.















"Hendak 1,000 daya, Tak hendak 1,000 dalih"

Friday, August 16, 2013

Allahuakbar





[Off Topic]


Umat Islam sedang dizalimi. Di Mesir, ribuan telah terkorban. Jangan malas berdoa untuk mereka. Mereka itu saudaramu. Nabi SAW mengingatkan bahawa kita semua ibarat jasad yang satu. 

Apabila ada anggota yang sakit, seluruh tubuh turut menanggung.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Sunday, August 4, 2013

KENAPA KEDAI TAYAR??

Assalamualaikum..

Kenapa dalam banyak-banyak perniagaan saya memilih perniagaan kedai tayar??

Ini disebabkan:

1. Selagi ada jalan raya, selagi ada kereta di atas jalan raya dan selagi kereta tidak dicipta untuk terbang, selagi itu tayar diperlukan.

2. Bilangan kenderaan di Malaysia ni bertambah secara mendadak setiap tahun. Jadi , permintaan terhadap tayar tidak kira tayar baru atau tayar terpakai akan meningkat.

3. Jangka hayat tayar selalunya bergantung kapada lima perkara :

i. Cara pemanduan;

- Jika cara pemanduan agresif, lebih cepat bunga tayar haus.

ii. Jarak memandu;
 - Jika kerap melakukan pemanduan jauh, lebih cepat tayar perlu ditukar.
  
iii. Keadaan jalanraya;
- Faktor jalan raya yang rosak seperti berlubang, boleh menyebabkan tayar cepat rosak.

iv. Jenis tayar dan pemilihan bunga tayar;
- Sebagai contoh, kenderaan 4x4. Ada pengguna menggunakan tayar untuk 'off-road' jalan raya, ini menyebabkan bunga tayar cepat haus.

v. Pemandu di Malaysia yang suka mengikut 'trend' semasa.
-  Contohnya, sport rim. Sekarang ini ramai pemandu yang suka menggunakan rim ROTA yang agak lebar. Trade in adalah perkara yang menguntungkan dalam situasi ini. Kemahiran yang perlu ada adalah menilai harga rim lama dan menjual rim baru pada harga tolak harga rim lama tetapi harga yang perlu dibayar pembeli sudah ada keuntungan. Belum dikira untung jualan semula rim lama yang di trade in tadi.


Ok, bila kita lihat kepada sebab-sebab ini, perniagaan kedai tayar akan terus berkembang dan permintaan semakin meningkat.

Jadi, tunggu apalagi? 

Berfikir tanpa tindakan, tidak akan kemana. Rebutlah peluang anda sekarang.

In shaa Allah, perniagaan tayar ni mungkin tidak menjadikan kita usahawan jutawan dalam setahun atau tiga tahun atau lima tahun..Tapi tidak mustahil jika kita komited,berani dan kreatif kita boleh jadi jutawan dengan kedai tayar.



Kami di AERY TYRE sentiasa ada untuk membantu.







(Komen dan cadangan dialu-alukan)