Sunday, August 4, 2013

KENAPA KEDAI TAYAR??

Assalamualaikum..

Kenapa dalam banyak-banyak perniagaan saya memilih perniagaan kedai tayar??

Ini disebabkan:

1. Selagi ada jalan raya, selagi ada kereta di atas jalan raya dan selagi kereta tidak dicipta untuk terbang, selagi itu tayar diperlukan.

2. Bilangan kenderaan di Malaysia ni bertambah secara mendadak setiap tahun. Jadi , permintaan terhadap tayar tidak kira tayar baru atau tayar terpakai akan meningkat.

3. Jangka hayat tayar selalunya bergantung kapada lima perkara :

i. Cara pemanduan;

- Jika cara pemanduan agresif, lebih cepat bunga tayar haus.

ii. Jarak memandu;
 - Jika kerap melakukan pemanduan jauh, lebih cepat tayar perlu ditukar.
  
iii. Keadaan jalanraya;
- Faktor jalan raya yang rosak seperti berlubang, boleh menyebabkan tayar cepat rosak.

iv. Jenis tayar dan pemilihan bunga tayar;
- Sebagai contoh, kenderaan 4x4. Ada pengguna menggunakan tayar untuk 'off-road' jalan raya, ini menyebabkan bunga tayar cepat haus.

v. Pemandu di Malaysia yang suka mengikut 'trend' semasa.
-  Contohnya, sport rim. Sekarang ini ramai pemandu yang suka menggunakan rim ROTA yang agak lebar. Trade in adalah perkara yang menguntungkan dalam situasi ini. Kemahiran yang perlu ada adalah menilai harga rim lama dan menjual rim baru pada harga tolak harga rim lama tetapi harga yang perlu dibayar pembeli sudah ada keuntungan. Belum dikira untung jualan semula rim lama yang di trade in tadi.


Ok, bila kita lihat kepada sebab-sebab ini, perniagaan kedai tayar akan terus berkembang dan permintaan semakin meningkat.

Jadi, tunggu apalagi? 

Berfikir tanpa tindakan, tidak akan kemana. Rebutlah peluang anda sekarang.

In shaa Allah, perniagaan tayar ni mungkin tidak menjadikan kita usahawan jutawan dalam setahun atau tiga tahun atau lima tahun..Tapi tidak mustahil jika kita komited,berani dan kreatif kita boleh jadi jutawan dengan kedai tayar.



Kami di AERY TYRE sentiasa ada untuk membantu.







(Komen dan cadangan dialu-alukan)



No comments:

Post a Comment