Thursday, September 14, 2017

SOLD!! #12/9/2017 - AR2TECH WHEEL BALANCER MODEL 212 - DIMAS TAYAR KUANTAN






Baging, masih dalam daerah Kuantan. Walaupun berjiran dengan Cherating. Tapi Baging tidak femes seperti Cherating. Cherating ada Club Med. Cherating ada resort dan pantai yang cantik. Cherating ada ombak besar, boleh main surfing macam mat saleh kat obersea. Cherating ada santuari penyu.
.
Baging lokasi nya terletak diantara Cherating dengan Kuantan Port. Kalau setahun dua lepas, Kuantan terkenal dengan perlombongan bauksit secara besar besaran sehingga Kuantan digelar Kuantan Darul Bauksit atau Planet Marikh oleh netizen di alam maya. Sekitar Kuantan Port terdapat banyak stock pile bauksit.
.
Pada masa itu, jumlah lori tanah yang beroperasi di kawasan sekitar sangat tinggi. Sebuah lori sehari memang akan mengejar trip sebanyak mungkin. Kalau sehari 20 trip, bayangkan keadaan tayar lori tersebut.
.
Dimas Tayar yang dimiliki oleh Abam Cu mendapat tempias rezeki hasil lambakan lori bauksit ni. Permintaan tayar lori sangat tinggi setiap bulan. Pekerja tak menang tangan. Tokey sendiri pun kena turun padang.
.
Sekarang ni, bauksit dah dihentikan perlombongan. Lori lori yang dulu banyak sudah tidak semeriah dulu. Abam Cu sebagai tokey yang cekap tidak mudah menyerah kalah. Kini Dimas Tayar tidak hanya fokus kepada lori sahaja. Abam Cu besarkan ruang lingkup bisnes kepada tayar kereta dan tayar 4x4 pula. Tayar lori masih ada. On call pun Abam Cu pergi. Lori pancit atau pecah tayar kat mana pun Abam Cu cover. Rezeki Allah ta'ala.
.
Atas dasar memperkembangkan lagi bisnes Dimas Tayar. Abam Cu meng'upgrade' mesin penimbang yang sedia ada dengan Mesin Balancer AR2TECH MODEL 212 dari AERY TYRE MOTORSPORT. Balancer kereta dan 4x4. Single phase 240V. Satu pilihan yang bijak.
.
Kini penduduk di sekitar kawasan Baging dan Cherating tidak perlu ke Kuantan atau Kemaman untuk mendapatkan servis tayar. Dimas Tayar sedia memberi servis yang terbaik untuk anda.
.
Tayar lori ada.
Tayar kereta ada.
Tayar 4x4 ada.
Minyak hitam ada.
Servis macam macam ada.
.
"Insha Allah servis terbaik kita bagi dengan harga berpatutan. Pandai keccek wi sajo" kata Abam Cu..huhu
.
DIMAS TAYAR
+60 16-986 2366
Abam Cu
.
.
==================
.
.
Untuk dapatkan Mesin Tayar Hebat
.
AERY TYRE MOTORSPORT
.
H/p :016-980 9246
Blog : aerytyre.blogspot.com
Instagram : aerystrategytrading

SOLD!! #9/9/2017 SUPERBIKE TYRE CHANGER AR2TECH 109 - FAD SMART MOTOWORK JITRA






KUNING BUAT KEDAI ABAM FAD HAPPENING!
*****************************
.
Fad, baru umur 22 tahun. Asal Sungai Korok, Jitra. Negeri Jelapang Padi. Pulun Kedah Pulun.
.
Ketika anak remaja lain seusia dengan beliau sedang seronok lepak cafe hispter, dating dengan awek kat Aman Central. Fad memilih untuk berkawan dengan spanar dan minyak hitam.
.
"Ahh..keja pomen apa barang. Tangan hitam. Baju kotoq" kata seorang remaja rambut hipster sikat tepi sapu pomade secupak. Baru lepas mintak duit mak nak lepak setarbak.
.
Kata kata nista macam tu Fad tak kisah. Fad lebih suka berdikari. Fad remaja yang ada wawasan. Wawasan Fad lebih besar dari Dewan Wawasan dekat Jitra tu.
.
"DIRTY HAND MAKE CLEAN MONEY"
.
Semua pomen pegang kata kata ni.
.
Berkat doa mak ayah. Hari ni Fad dah berjaya bukak bengkel sendiri.
.
☆ FAD SMART MOTORWORK ☆
.
(Fad Smart +60 11-2648 6395)
Lokasi kat Bandar Jitra. Berhampiran Bank Rakyat dan RHB Bank.
.
Ganas betul nama yang Fad pilih. Sesuai dengan jiwa racing beliau. Sebuat saja moto apa. Insha Allah apa penyakit Fad boleh rawat.
.
"Saya buat semua bang dari moto kecik sampai moto besaq" kata Fad dengan loghat Kedah pekat nya. Nasib baik Abam paham sebab sebelum jumpa Fad tadi Abam sempat kunyah padi setangkai dua. Lidah pun dah jadi Kedah. Semua benda nak buh Q kat belakang.. Punggahhhh...
.
Sebab Fad ni spesel sikit. Abam bagi dia mesin yang spesel jugak.
.
Mesin Tyre Changer AR2TECH
Model 109 Kuning DiRaja
Macam moto 125z tu. Nasib baik mesin ni takdak no siri mcm wantupai tu. Kalau tak, harga dia dah jadi harga Yahudi la.
.
Biasanya tyre changer untuk moto kaler merah. Kali ni kita datangkan dengan warna kuning. Sebijik ni saja. Nampak hensem. Bulan depan kita tambah stok.
.
Ok. Last word.
.
Nak repair moto roger Fad Smart +60 11-2648 6395.
.
Nak beli mesin tayar keta moto lori boleh roger Abam Aery Tyre. 016-980 9246.
.
.
Buat remaja lain.
.
.
"Jadilah Macam Fad!"



SOLD!! JAMAL TAYAR KUANTAN - TYRE CHANGER 518 DAN WHEEL BALANCER 222





5-6 tahun lepas, kalau dari jambatan Tanjung Lumpur sampai ke simpang 3 tangki air nak ke Pekan, nak cari kedai tayar susah sikit. Kalau ada pun yang dekat Tunas Manja Tanjung Lumpur, kena masuk belah dalam sikit. Taman perumahan sekitar masa tu tak banyak macam sekarang.
.
.
Penduduk sekitar kalau nak servis tayar atau nak tukar tayar dan sport rim kebanyakan akan terus ke bandar Kuantan. Katanya lebih banyak pilihan dan harga lebih murah. Itu dulu.
2-3 tahun kebelakangan ni, di kawasan yang sama, kedai kedai tayar muncul bagai kelkatu selepas hujan. Tak kira kedai tayar baru atau kedai tayar terpakai. Besar kecik semua ada.
.
.
Sebabnya, permintaan semakin meningkat. Kenderaan semakin banyak. Populasi penduduk semakin meningkat disebabkan faktor hujan yang suka turun pada malam jumaat..hehe (kajian kelaut). Kawasan Tanjung Lumpur, Kempadang dan Sungai Soi sekarang rancak dengan pembangunan hutan konkrit. Kalau dahulunya jika bosku pernah lalu jalan ni. Pastinya tahu kawasan ni banyak pokok pokok hutan dan pokok bakau (ye ke?). Kawasan perumahan moden dan komersil turut rancak dibina.
.
.
Tanjung Lumpur juga kawasan tumpuan pelancong dari luar Kuantan. Sebut sahaja ikan bakar, Tanjung Lumpur lah tempatnya. Selain itu kempadang juga mempunyai pantai yang cantik. Pantai Sepat contohnya, sering menjadi lokasi penggambaran drama tv.
.
.
Atas sebab itulah, Encik Jamal (gambar sedang bukak tayar). Tauke buah buahan segar (durian, pisang, anggur, longan, tembikai, kelubi) mengambil peluang menambah bidang perniagaan beliau dengan melantik diri sendiri sebagai tauke tayar pula. Kata beliau, buah buah, tayar tayar. Berniaga niat nak tolong orang, baru jadi ibadah!
.
.
Betul juga kata beliau, sebab zaman pakjib ni kalau kerja kena 3 kerja. Kalau bisnes kena ada 10 bisnes. Baru tak lemas. Mana taknya, harga minyak dunia turun, harga minyak kita naik. (ekonomi mana dia belajar). Lepas tu ada GST lagi. Dulu Matmaselan kata bila ada GST harga barang akan turun. Tapi lepas GST, kedai dua ringgit pun dah jadi kedai RM2.12..haha..(korang jangan cop aku anti kerajaan, aku hanya anti korupsi, kapitalis, budak raver dan budak we chat je)
.
.
Argghh, gila lari tajuk. Nampak tak mesin biru air laut tu. Pandang selalu pasti tenang. Dicipta untuk tauke kedai tayar yang inginkan kelainan dan prestasi serta kacak asal. (macam korang yang sedang baca ni). Macam Encik Jamal jugak, membuat pilihan yang tepat. Dikala rim kereta semakin besar dan lebar. Beliau memilih tyre changer model 518 yang boleh bukak dan pasang tayar dari saiz 10" sampai 24".
.
.
Untuk pastikan tayar customer tak bergegar semasa pemanduan mode sport, iaitu melebihi kelajuan maksima lebuhraya Malaysia. Encik Jamal memilih mesin penimbang tayar (balancer) model 222. Cepat, pantas, mudah dan tepat.
.
.
Encik Jamal memilih mesin single phase je, 240v je. Sebab api kat kedai beliau hanya single phase. Nak convert jadi 3 phase, makan modal tiga pat ribu pulak. Baik buat modal beli tayar. Lagi pun mesin single phase sekarang dah power bai.
.
.
Dua dua mesin ni dari AR2TECH by AERY TYRE MOTORSPORT. Alah yang BOSKU (bos dan kuli) dia kepala botak botak tu. (semoga cerah masa depan). yang nombor telefon dia 016-980 9246 tu. Call pon nombor tu, wasep pon no tu juga. Nak beli mesin ke nak ajak makan makan pun boleh roger dia.
.
.
Senang senang bukak la blog aerytyre.blogspot.com lepas tu follow Instagram aerystrategytrading dan like FB AERY TYRE MOTORSPORT mudah mudahan korang makin kacak dan murah rezeki.
.
.
Last, kalau korang kebetulan ada kat area Tanjung Lumpur atau Kempadang. Nak beli tayar atau buah, boleh roger Encik Jamal. Kita pakat support orang kita bisnes. Kedai Dia diantara trapiklite Pak Mahat dan trapiklite Kempadang. Kalau nak beli mesin tayar boleh roger Aery Tyre. Kita kira sampai jadi. Kita hantar depan kedai.
.
.
Ok la, nak gi masak daging korban, nak buat sup pulak. Tulang kita buat sup gearbox. Perghh. Budak budak wechat mana tau nikmat dia, asyik nak setarbak je..
.
.
Bye



SOLD!! #19/8/2017 - FZ TYRE KALUMPANG - SUPERBIKE TYRE CHANGER


 


Motorcycle Tyre Changer 109
.
Sold to FZ Tyre - Kalumpang, Selangor, Malaysia
.
Terima Kasih Boss FZ Tyre
.
Alhamdulillah
.
============
AERY TYRE MOTORSPORT
.
016-980 9246
016-980 9246
016-980 9246

#ar2tech
#aerytyremotorsport

SOLD!! #18/8/2017 TYRE BOOSTER





#18/8/2017

COD Tyre Booster kepada Encik Mahardi dari Mahardi Motor Terengganu.

Tayar moto sekarang banyak lembut2 katanya. Kena pakai booster baru senang kembang.


Terima kasih bosku sapot kami ;)

AERY TYRE MOTORSPORT
016.980.9246


#ar2tech
#aerytyremotorsport