Wednesday, March 27, 2013

Pendapatan Sampingan Kedai Tayar

Assalamulaikum para usahawan.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendapatan sampingan yang boleh anda perolehi daripada perniagaan kedai tayar selain menjual tayar dan rim.

Pendapatan lain ini datangnya daripada lain lain servis yang anda sediakan. Jika anda ada sebuah kedai tayar, tidak beerti anda hanya boleh menjual tayar dan rim sahaja serta servis tayar semata mata. Banyak lagi minor servis yang anda boleh sediakan untuk menambah pendapatan perniagaan anda.


Yang penting, minat, usaha dan  tawakkal.


1. Servis minyak enjin / minyak hitam = Untung beli minyak sekotak (dapat murah) + Oil filter + Upah. 



2. Servis cas bateri kereta / motor. -  Jika ada modal lebih boleh jual bateri baru.


Charger Brand SUPERLITE seperti ini boleh didapati di bawah harga RM1K


3. Servis tukar absorber dan brake pad. - Memerlukan sedikit kemahiran tetapi tidak terlalu sukar jika  cukup tool dan tahu caranya.





4. Tukar Bulb dan Wiper kereta.



Banyak lagi servis tambahan yang anda boleh sediakan di kedai tayar anda, ianya bergantung kepada kemahuan sahaja. Kemahiran boleh dipelajari.

Satu perkara yang anda perlu ingat apabila pelanggan mengunjungi kedai tayar anda.

Anda adalah penasihat. Senyum, senyum dam senyum.





Sedikit tips :

- Daripada pelanggan datang untuk mengisi angin sahaja, anda periksa keadaan tayar dan beritahu mereka keadaan tayar mereka, beritahu risiko jika menggunakan tayar yang sudah botak / rosak. Keselamatan paling utama! Jika rezeki anda baik, pelanggan tersebut menukar 4 biji tayar sekaligus. (Perlu jujur)


- Daripada pelanggan yang datang untuk membuat alignment kereta atau bancing tayar, anda periksa jika terdapat paku atau skru ditayar, Anda sudah mendapat untung menampal tayar. 


- Daripada pelanggan datang untuk menukar tayar, sambil membuka tayar dari kereta anda periksalah absorber dan brake pad, jika ada kebocoran absorber atau kehausan brake pad, beritahulah mereka keadaan itu dan anda boleh melakukannya.


- Bila ada pelanggan yang datang tampal sebiji tayar yang terkana paku. Jangan malas untuk memeriksa tekanan angin tayar yang lain. Jika tekanan angin kurang, tolong isikan angin untuk mereka sambil memberitahu anda telah mengisi angin kereta mereka dengan sukatan yang betul. Insha Allah, mereka akan datang lagi untuk membeli tayar pula lain kali.


- Bila servis tukar minyak hitam, periksalah paras air bateri, paras minyak brake, air filter dan air dalam radiator. Jika paras air bateri atau minyak brake berkurangan, tambahlah secara percuma, jangan terlalu berkira. Sebaik baiknya sediakan sebotol air bateri dan miyak brake untuk top up percuma kepada pelanggan. Mereka pasti suka dan berpuas hati dengan servis anda dan akan datang lagi ke kedai anda sambil bercerita kepada kawan kawan mereka tentang servis yang terbaik daripada kedai anda. Lihat, di situ akan wujud rantaian pelanggan yang berterusan.


- Bila pelanggan datang ke kedai, mulakan perbualan untuk mengambil hati pelanggan, contohnya,

" Sudah lama ke encik pakai kereta ni? model ni susah nak dapat sekarang, kalau ada pun harganya mahal, ramai kawan saya yang berminat dengan model kereta ini. bertuah encik dapat memilikinya"


Ini adalah serba sedikit perkongsian yang dapat saya berikan untuk semua. Saya percaya anda semua tentunya lebih hebat lagi.


Yang baik datangnya daripada Allah, Yang buruk datanya daripada kelemahan diri saya sendiri.




Untuk tempahan Pakej Pakej Kedai Tayar atau peralatan mesin tayar. Sila hubungi saya AERY : 016 980 9246


Wassalam.