Kami Di MUDAH.MY

Monday, October 16, 2017

SOLD!! #07/10/2017 - AR2TECH MOTORCYCLE WHEEL BALANCER - FAST GROW MOTOR









"DI MANA ADA KELAJUAN, DI SITU ADA HIWAY"
.
"DI MANA ADA FLYOVER DI SITU ADA GENG BASIKAL LAJAK"
=====================

.
Kalau dulu tahun tahun kebelakang ni. King king hiway dimonopoli oleh jentera 2 stroke. Kalau geng 2 stroke berkumpul, hidung boleh berjelaga dengan asap hasil pembakaran campuran petrol dan 2T.
.
Pendek kata kalau jentera 2 stroke test mesin, geng 4 stroke parking tepi dulu. Kalau gatal nak kejar jugak alamak makan asap la jawabnya.
.
Tidak dinafikan ada juga jentera 4 stroke yang macam pelesit perginya. Kalau ada pun, pomen dan joki dia mesti femes macam Patah Amin. Sebut saja nama dia, budak moto negeri mana pun mesti kenal.
.
Sekarang ni bila muncul jentera 4 stroke yang laju laju seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Sedikit demi sedikit takhta King Hiway diambil alih jentera 4 stroke. Sehingga ada yang sebelum ini tidak berminat dengan motosikal pun terjebak dengan dunia permotoran disebabkan rekabentuk moden dan performance jentera ini yang mantap. Harga pun tak Yahudi lagi.
.
"Bro..moto dah lawa. Moto dah laju. Tapi bila bawak laju bergegar sampai ke batu, apa barang" kata budak budak 'basikal lajak' sambil fly menuruni flyover depan Uitm.
.
Bara hati bro kena nganjing dengan 'geng basikal lajak'. Pikir punya pikir betul jugak kata budak budak tu. Bawak moto gegar sampai ke batu lama lama boleh mandul nanti...hahaha..
.
Dengar cite dekat Shah Alam ni ada kedai Motor baru bukak. Depan Uitm. Boleh bawak motor pergi balancing tayar depan belakang. Nanti takde la bawak motor bergegar sampai ke otak.
.
Kedai mana bro?
.
Kedai FAST GROW MOTOR. Depan Uitm Shah Alam. Dekat dengan Restoren Wak Doyok tu.
Nak senang lagi kedai dia ni satu baris dengan kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.
.
Kalau buat balancing tayar kat situ Insha Allah kalau ambik lap satu lapan pun tayar stedi je. Lagi pun Brader Boy, owner FAST GROW tu guna mesin balancing AR2TECH yang terkenal di Malaysia hingga ke Republik Kazakhtan dari AERY TYRE MOTORSPORT.
.
Selain buat balancing. Nak tukar tayar baru pun boleh. Nak servis moto pun boleh. Nak buat moto bagi laju pun boleh. Sambil servis moto boleh makan nasik lemak kat sebelah tu. Lepas tu boleh ngorat budak budak Uitm kat situ..haha
.
Kalau tak jumpa kedai FAST GROW boleh call Brader Boy +60124966005 (save segera takut lupa) untuk tanya jalan menuju ke kedai beliau, bukan pula jalan menuju ke hati beliau.
.
Satu lagi, owner2 workshop moto tak kira besar kecik wajib ada mesin balancing power macam ni. Beli dekat Aery Tyre Vin Diesel.
.
0169809246
aerytyre.blogspot.com

.
.
#ar2tech
#aerytyremotorsport




Disclaimer : cerita ditulis tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada ayat yang bercanggah dengan dunia permotoran penulis memohon maaf kerana penulis hanyalah salah seorang Geng Basikal Lajak.


No comments:

Post a Comment